Powered By Blogger

Tuesday 22 November 2011

Sains Tahun 1 - Mengenal Haiwan

Mata Pelajaran : Sains Tahun 1
Tahun : 1
Tajuk : Haiwan
Standard Kandungan : 
Menghargai pelbagai haiwan di sekeliling kita

Standard Pembelajaran :
Mengenal haiwan yang terdapat di sekeliling mereka.
- Mengajuk bunyi haiwan.
- Meniru pergerakan haiwan secara simulasi.

Permulaan :
- Guru menayangkan kad imbasan haiwan kepada murid.
Kad Imbasan Haiwan















Langkah 1 :
- Guru menayangkan video nama dan bunyi haiwan kepada murid.
- Murid menonton serta diberi penerangan oleh guru mengenai setiap haiwan yang terdapat dalam video tersebut.
                       Video nasyid nama haiwan

- Setelah tayangan video, murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan.
- Kumpulan tersebut adalah mengikut haiwan yang berbeza.
Kumpulan Murid

















Langkah 2 :
- Murid mewarnakan templat gambar haiwan yang diberikan oleh guru.
Templat Gambar Haiwan















- Selesai mewarna, murid diminta untuk memotong gambar (dengan bantuan guru) tersebut mengikut bentuknya.
Murid mewarna dan memotong gambar haiwan







- Hasil kerja murid dari proses mewarna dan memotong.
Hasil Kerja Murid




















Langkah 3 :
- Setelah semua proses mewarna dan memotong selesai, murid diminta untuk memakai topeng haiwan tersebut.
Murid Memakai Topeng Haiwan













- Murid diminta untuk kedepan dalam kumpulan dan meniru bunyi serta pergerakan haiwan yang dipakainya.
Murid Membuat Simulasi Pergerakan dan Bunyi Haiwan

















Penutup
- Murid diminta untuk menyanyikan nasyid nama haiwan.
- Murid menyanyi sambil membuat pergerakan mengikut topeng yang dipakainya.

No comments:

Post a Comment