Sunday, 25 September 2011

TUGASAN KPF3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

ARAHAN
1. Kursus KPF 3012 ini mengandungi 1 (SATU) tugasan yang terpecah kepada 2 bahagian:
i. Bahagian A: Refleksi
ii. Bahagian B: E-Forum
2. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar dalam bentuk soft-copy dan
hard-copy kepada tutor e-learning bagi kumpulan masing-masing.
3. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda
mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus
anda.



KATEGORI TUGASAN

1) Bahagian A (Portfolio) - 40 markah
         -Portfolio dibuat secara individu.
         -Butiran portfolio:
  1. Refleksi pembelajaran bagi unit 1 hingga 10 (20 markah)
  2. Esei ilmiah : - 
  • Bagaimanakah pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. (10 markah)
  • Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pembelajaran. (10 markah)

2) Bahagian B (E-Forum) - 20 markah
  1. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? (4 markah)
  2. Perlukah dasar PPSMI  dilaksanakan di sekolah-sekola? Berikan hujah anda. (4 markah)
  3. Kurikulum Standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. (4 markah)
  4. Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan. (4 markah)
  5. Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjaminperkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan. (4 markah)

No comments:

Post a Comment