Powered By Blogger

Saturday 24 September 2011

Penerokaan Bermula....

Semester baru bermula kembali.... Hampir 2 bulan guru-guru PPG-PJJ UPSI intake Mac 2011 bernafas lega dan berehat cuti semester. Akhirnya semester 1 2011 telah pun dilalui dengan jayanya. Walau pelbagai perih jerih yang dilalui, sedikitpun tidak mematahkan semangat para guru untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar PPG-PJJ UPSI.

Yang pastinya semester baru telahpun muncul. Dalam kesibukan rakyat Malaysia beraya dan berumah terbuka kami pelajar PPG-PJJ UPSI telah pun memulakan semester baru pada 12 September 2011. Semester baru, assignment pun baru. Semoga di semester baru ini bakal kita lalui dengan penuh semangat dan azam baru. Perjuangan kita masih belum selesai.... kita akan terus meneroka, sehingga akhirnya segulung ijazah yang tertera nama kita berada di dalam genggaman kita.

No comments:

Post a Comment